Thursday, January 3, 2013

Misteri Gembala Kambing

Assalamu'alaikum Wrmbth Pen ternak kambing semua. Moga sihat roh dan jiwa seluruhnya. Termasuklh dengan kambing2 anda. Moga membiak dan sihat2 hendaknya.

Kebelakangan ini, saya dan beberapa rakan pen ternak kambing lain di kawasan saya ada berbincang tentang peranan gembala kambing. Apa impaknya pada ternakan kambing. Kandang kami menggunakan kaedah ragut lepas sambil diselia dengan gembala kambing.

Norma sekarang yang sudah diterima pakai pula, kaedah begini tidak sesuai di Malaysia. Kononnya, cuaca tropika dan iklim khatulistiwa mempunyai parasit yang tinggi.

Memang banyak norma yang diterima bulat2 ni. Contohnya, membiak kambing tak untung dan sebagainya. Balik pada isu gembala kambing,rakan saya ni kurang percaya tentang kebaikan menggembala kambing pada kawanan secara keseluruhannya.

Padanya, tugas gembala ni mudah saja. duduk bersama kambing semasa kambing makan. Tak lebih dari itu.

Jadi, saya minta dia gembala kambing saya untuk seminggu. Dan saranan saya diterima.

Hari pertama, segala berjalan lancar. Kambing di gembala rakan saya selama lebih kurang 4-5jam. Menurut caranya sendiri. Kambing2 makan di satu tempat saja. Begitu juga hari kedua dan ketiga.

Masuk hari keempat, seekor kambing ibu yang bunting 3 bulan gugur. Janin yang keluar seekor. Hmm, sebagai rekod jarang berlaku kes gugur dikandang saya semasa saya sendiri mengembala.

Kemudian, hari kelima pula tiba, 3 lagi kambing induk gugur. Rakan saya dah mula gementar dengan kes2 keguguran kambing ni.

Rakan2 pen ternak kambing. Apa yang saya buat semasa mengembala, telah dia ikut sebaik mungkin. Tak sangka pula di tangan orang lain, walaupun menggunakan kaedah sama. Hasil yang diperolehi berbeza.

Rakan saya belajar beberapa perkara penting hari itu. Perkara2 zahir memang boleh ditiru. Tetapi, beliau terlepas pandang pada perkara2 kecil yang tidak kelihatan.

Oklah pen ternak kambing sekalian, Lain kali sambung lagi, dah sampai masa menggembala. Assalamu'alaikum


4 comments:

  1. Assalamualaikum akhi Fairul.

    sememangnya sangat misteri, di tangan orang lain, lain pula jadinya.

    jemput singgah, baca artikel terbaru, Apakah Status Projek Kambing Kamuda?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Wrmbth,

    bila belajar sesuatu, tak boleh ambil sebahagian sahaja. Kena teliti dulu keseluruhan sistem. Sistem yang baik menjamin keseimbangan.

    Dah baca. Bagus2. boleh share apa dia PCCCARD tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam akhi. PCARRD tu stand for Philippine Council For Agriculture, Forestry And Natural Resources Research And Development. saya mula mengetahui mengenai PCARRD ni apabila saya mencari tajuk goat crosses dan terjumpa dengan Production Triple Cross Breed. insya Allah, saya akan mengulas mengenai PCARRD ni, yang mungkin di Malaysia takda. hehehe.

      Peluang Dan Halangan Projek Ternakan Kambing

      Delete