Friday, January 18, 2013

Siri Gembala dan Kambing 1

Assalamu'alaikum Wrmbth, semakin lama men ternak kambing dan hidup di kalangan mereka. Semakin banyak pengalaman lucu dan menduga kesabaran. Semalam ahad kami di kejutkan dengan cubaan mencuri kambing di kandang. Sedangkan kawasan kandang di kelilingi rumah dan masih siang hari lagi, benar2 tidak disangka.

Hari ini seperti biasa, jam 830 pagi kambing digembala mencari makanan. Anak2 kambing yang belum cukup umur di asingkan daripada ibu yang akan mencari sesuap rumput. Agar dapat ditukarkan oleh mikrob2 didalam rumen kepada zat2 diperlukan tubuh induk kambing. Dari Zat2 inilah susu dihasilkan untuk anak2 mereka yang nakal dan comel. Lumrah men ternak kambing, kambing2 pantang dimanjakan.

Mana tidaknya, sudah beberapa kali didesak agar anak2 kambing diberikan susu botol seperti tahun2 awal kami men ternak kambing dahulu. Dengan tegas aku mempertahankan, anak2 kambing tidak pelu di botol susukan. Kesannya pada kawanan kambing sangat besar. Menjejaskan naluri kambing untuk hidup lasak dan menjadikan mereka mutan yang berevolusi kepada makhluk manja.

Serik sungguh pengalaman tahun pertama dengan segala macam mitos yang dipelajari dari kursus penternakan kambing. Bila difikirkan semula, memang banyak yang kami buat silap diperingkat awal men ternak kambing. Kini, alhamdulillah semua saki baki keturunan kambing peliharaan kami generasi pertama telah dihapuskan.

Usaha untuk memulihkan kambing2 generasi pertama agar kembali menganut fitrah kambing. Bebas meragut, arif dalam pemilihan daun2 disekeliling mereka untuk sumber makanan menemui jalan buntu. Kadar kebergantungan mereka kepada pelet yang telah sebati dalam diet harian mereka membuatkan mereka manja. Seumpama kanak2 obes yang suka duduk dihadapan televisyen tanpa berbuat apa2. Program ternak kambing telah menjadi Program Peliharaan Kesayangan Kambing.

Cukup dengan peluang yang diberikan, habis semua ku sembelih walau mendapat tentangan banyak pihak yang memanjakan mereka. Pada mereka, haiwan kesayangan ini wajar dibiarkan mati daripada disembelih. Atas dasar sayang kononnya. Dengan niat yang padu dan pisau yang tajam. Satu demi satu tumbang di tangan algojo ini.

Tanganku telah basah bermandikan darah kambing2 manja. Kematian yang cepat dan menurut landas islam melalui ilmu yang dipelajari daripada kursus sembelihan halal. Merenung kembali hari2 men ternak kambing yang lalu, terlalu banyak perubahan yang telah dilakukan. Bibit2 kejayaan mula bersinar. Mulut2 yang dahulunya menentang kini beralih arah. Dari humbanan kata2 tentangan kepada kata2 sokongan. Jalan ternak kambing yang dipilih pasti akan membuahkan hasil. Insyaallah.

Melihat kembali jam di paparan telefon bimbit, jam sudah pun menunjukkan pukul 12tengahari. Sudah 3 jam setengah mengembala. Kambing2 generasi baru ini bebas daripada pengaruh kemanjaan. Pernah beberapa kali usaha membotol susukan anak2 kambing dilakukan kembali, namun dengan ketapan bibir yang kemas dan pendirian yang utuh. Anak2 kambing ini memilih jalan semulajadi. Menyusu dari ambing ibunya.

Saat itu, hanya Allah yang tahu betapa syukurnya hati atas ujian demi ujian yang berlaku. Kambing2 ku kini mampu berdiri atas kaki sendiri. Membuat pilihan untuk menjadi kambing. Prom ternak kambing ku insyaallah menjadi. Insyaallah, jika dizinkanmu ya Allah.


2 comments:

  1. salam akhi... monolog dalaman ke ni.. hehehe.. mantop!

    indigofera dah track ke?

    jemput singgah blog, Projek Kambing Muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'laikumusalam wrmbth, belum terima la pula indigofera tu. Masih tunggu lagi.

      Patut sampai jumaat kan. Dan sepatutnya orang pos laju akan call kalo takde orang di rumah.

      Delete